Connect with us

Inspirasi

Bilionaire Jepun Cari Pasangan, Akan Bawa Keliling Bulan!

Tarikh tutup permohonan ialah 17 Januari 2020!

Published

on

Seorang bilionaire Jepun bernama Yusaku Maezawa sedang mencari teman wanita untuk menyertai ekspedisi mengelilingi bulan.

Dia melancarkan iklan dalam talian untuk terbang bersamanya menggunakan roket SpaceX.

Usahawan itu, yang juga ketua syarikat fesyen dalam talian Zozo, sebelum ia dijual kepada Yahoo! Japan tahun lalu, memaklumkan, wanita pilihannya perlu berusia lebih 20an.

Menurutnya,

“Pada usia 44 tahun, ketika perasaan sunyi dan kekosongan mula menyelubungi diri, hanya satu yang saya fikirkan, iaitu mencintai seorang wanita.”

Maezawa yang baru baru ini memutuskan hubungan dengan seorang pelakon wanita Jepun, Ayame Goriki, turut mengiklan pencariannya di akaun Twitter.

Menurutnya, tarikh tutup permohonan ialah 17 Januari 2020, dan dia akan membuat pilihan muktamad menjelang akhir Mac selepas keluar bersama setiap pemohon.

Kriteria yang ditetapkan ialah wanita terbabit mestilah berminat untuk ke angkasa, bersedia mengharungi projek berkenaan, selain mempunyai keinginan untuk melihat keamanan dunia.

Untuk rekod, pengembaraan itu bukan lah semata mata untuk menghabiskan masa bersama di angkasa, sebaliknya Maezawa mahu menyiapkan dokumentari melalui projek Dear Moon.

Dokumentari berjudul Full Moon Lovers disiarkan secara langsung melalui perkhidmatan penstriman Abema TV.

Maezawa dijangka memulakan pelayaran mengelilingi bulan itu pada 2023, sebagai penumpang pertama untuk perkhidmatan ditawarkan hartawan Elon Musk.

Jutawan terkenal ini sebelum ini dilapor bakal menghadiahkan 9 juta dollar Amerika kepada 1000 pengikutnya di Twitter yang akan dipilih secara rawak bermula 1 Januari lalu.

Menerusi eksperimen sosial ini, bayaran yang dibuat ini adalah bagi melihat sama ada ia mampu meningkatkan kebahagian mereka ataupun tidak.

Tahun lalu, Maezawa memberitahu, dia merancang untuk mengundang 6 hingga 8 artis dari seluruh dunia menyertainya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest