Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Bintang Paling Popular ABPBH 32 Milik Mira Filzah, Tahniah!

Wow, menang besar Mira tahun ni. Cayalah!

Published

on

Pelakon Mira Filzah menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Tidak hanya itu, Mira turut memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak untuk kategori online.

Untuk rekod, Mira menewaskan pesaing terdekatnya iaitu Siti Nordiana yang turut menerima pencalonan paling banyak dalam kategori utama.

Bagaimanapun, tidak mengecewakan apabila Siti Nordiana juga memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

Kemenangan besar malam tadi sekaligus menyaksikan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid beserta trofi.

ABPBH32 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein, disiarkan secara langsung menerusi TV3 dengan persembahan bertenaga oleh Ismail Izzani, Zizan Razak, Sufian Suhaimi, Idayu, Andi Bernadee, Liza Hanim, Ernie Zakrie, Stacy, De Fam dan ramai lagi!

SENARAI PEMENANG ABPBH32:

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Janna Nick

Pengacara TV Popular: Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)

Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular: BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya

Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli

Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest