Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Bluetick Punya Pasal, Naim Daniel Buat Lagu

Single keempat Naim bakal dilancarkan pada September depan.

Published

on

Penyanyi dan pelakon popular Naim Daniel bakal melancarkan single terbaharu pada September depan.

Menariknya, single yang masih belum diketahui judulnya itu berkisarkan tentang penantian seseorang apabila mesejnya tidak dibalas atau bahasa mudahnya di ‘bluetick’.

Menurut Naim, idea lagu tersebut tercetus ketika dia dan pengurusnya, Adib bersetuju untuk mengeluarkan lagu yang lebih segar.

“Jadi kami sepakat keluarkan lagu mengenai individu yang selalu di bluetick. Tidak terlalu jelas menyatakan terkena bluetick, tetapi fasal penantian seseorang itu.
“Alhamdulillah proses rakaman berjalan dengan lancar selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
“Sekarang ini sedang proses untuk mastering lagu itu dan dalam masa terdekat ini akan menjalani rakaman video muzik. Insya-ALLAH akhir September nanti saya lancarkan,” katanya.

Wah, Tak sabar nak dengar lagu terbaru dari Naim! Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest