Connect with us
Nite Jam

Filem

Boboiboy Movie 2 Kutip RM9.9 juta!

Cayalah! Dalam masa lima hari je tau.

Published

on

Selepas lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei, filem animasi tempatan Boboiboy Movie 2 (BBBM2) berjaya mencatat kutipan sebanyak sebanyak RM9.9 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, penerbit serta pengarah filem BBBM2,Nizam Abdul Razak berkata, dia tidak menyangka BBBM 2 mampu mencatat kutipan setinggi itu.

“Saya berasa begitu teruja dan tidak menyangka kutipan BBBM2 boleh mencecah RM9.9 juta dalam tempoh lima hari sahaja.

“Filem Boboiboy yang pertama memerlukan 13 hari untuk mendapat jumlah yang sama. Ini menunjukkan penonton di Malaysia sudah menerima dan menyokong animasi tempatan,”ujarnya.

Wah, ini satu impak yang positif dalam perkembangan perfileman tempatan.

BBBM2 sudah memasuki pawagam sejak 8 Ogos lalu mengisahkan tentang BoBoiBoy yang menentang satu kuasa kuno digelar Retak`ka. Retak’ka ingin merampas semula Kuasa Elemental daripada BoBoiBoy dan menggunakannya untuk menguasai galaksi.

BoBoiBoy dan rakan-rakan perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka dan menyelamatkan galaksi dari ancamannya.

Bagi yang belum berkesempatan menonton filem ini bersama anak-anak atau pun keluarga, cepat jangan lepaskan peluang anda untuk serbu pawagam sekarang okay!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest