Home > #PenaHot > Bola Jaring Raih Emas Selepas 16 Tahun! Kenali Si Jelita An Najwa!

Bola Jaring Raih Emas Selepas 16 Tahun! Kenali Si Jelita An Najwa!

Selepas 16 tahun, Malaysia “mengajar” Singapura apabila menewaskan negara jiran itu 65-41 dalam penentuan pingat emas aksi bola jaring di Stadium Juara Bukit Kiara , semalam.

Malaysia memang tak menoleh ke belakang untuk memastikan emas pertama selepas 16 tahun acara berkenaan di temasya Sukan SEA. Sejak diperkenalkan pada 2001, bola jaring hanya dipertandingkan sebanyak 3 kali.

Dan, pemain bola jaring terbaik negara dianugerahkan kepada si manis tinggi lampai bernama An Najwa Azizan. An Najwa menjadi nadi utama  kekuatan skuad bola jaring negara sehingga menghadiahkan emas buat kontinjen negara.

Memetik Berita Harian, An Najwa tak sangka dia melibatkan diri dalam bola jaring, walaupun ada asalnya hanya terbabit dalam sukan lompat tinggi di sekolah rendah. Tapi dia mula cintakan sukan bola jaring, bila dia diajak menyertai latihan bola jaring pada 7 tahun lepas, iaitu ketika berusia 13 tahun.

Menurut An Najwa,

“Sejak memasuki Sekolah Sukan Kuala Lumpur, saya diajak menyertai latihan bola jaring, dan bermula daripada detik itu, saya mula meminati sukan ini.”

Sementara itu , An Najwa menyifatkan, kemenangan ke atas Singapura adalah ibarat balas dendam kekalahan 2 tahun lalu, dan ia dilakukan penuh bermaruah.

Menurutnya,

“Saya puas terutamanya dapat menang dengan jurang yang agak jauh. Buat masa ini saya tidak mahu fikirkan soal lain dan hanya mahu cuba focus dan nikmati kejayaan ini.”

Aksi An Najwa semalam sentiasa menjadi perhatian menerusi gerak geri tangkasnya, selain raut wajah menarik yang turut menjadi perhatian penonton lelaki. An Najwa dilihat jarang menghadiahkan senyuman bila dalam gelanggang. Menurutnya, itu lah yang sering diamalkan bila beraksi kerana untuk focus dalam perlawanan , selain mengatasi rasa berdebar.

Biodata An Najwa Azizan

Umur: 20 tahun

Asal: Ampang

Tarikh lahir: 9 Ogos 1997

Tinggi : 179 sentimeter

Berat : 78 kilogram

Adik beradik: Anak keempat daripada 5

Posisi: Penyerang

Ini pula gambar Instagram An Najwa (@anazizan12), dengan gambar yang dimuat naik  4 hari lepas telah menerima lebih 12ribu like dan ratusan ucapan tahniah daripada peminat dan penyokong! Hebat penangan An Najwa ni!