Connect with us
Hot Selebriti

Hiburan

BTS Kongsi Kegembiraan Billboard No.1 Kali Kedua Bersama ARMY

Tahniah BTS!

Published

on

Annyeonghaseyo! Siapa sahaja yang tidak kenal dengan BTS? Salah satu kumpulan yang berasal dari Korea Selatan baru-baru ini telah berjaya menjadi fenomena global dan mendapat perhatian ramai.

Walaupun telah banyak kali mengungguli carta album di Amerika Syarikat. ‘Dynamite’ BTS sekali lagi membolot tempat pertama menerusi carta lagu Billboard Hot 100 untuk kali kedua. Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Billboard sendiri pada 8 September.

Seminggu sebelum memenangis anugerah berkenaan ‘Dynamite’ BTS telah mendapat tempat pertama dan disebabkan hal itu, ramai pihak mengucapkan tahniah kepada kumpulan itu dan pengikutnya (fans) ARMY. Kali ini, BTS bukan setakat berkongsi kegembiraan melalui posting di aplikasi Weverse, malah mereka juga telah memuat naik satu video di media sosial Twitter yang menunjukkan mereka gembira dengan keputusan untuk kali kedua itu dengan kapsyen “This is just… #OurARMYReceivedAnAward”. 

Bukan setakat itu, malah mereka juga sekali lagi memuat naik posting dengan kapsyen “teamwork makes the dream work!” dan kali ini ditujukan untuk kerjasama dari BTS dan juga ARMY sendiri. Woah! Tahniah untuk BTS dan ARMY di atas kejayaan ini!

Lagu Dynamite rasmi dilancarkan pada 21 Ogos lalu dan muzik video single terbaharu BTS tersebut telah mendapat 323 Juta tontonan setakat ini.

BTS juga mengumumkan dalam video siaran langsung mereka baru-baru ini bahawa mereka tidak sabar untuk konsert MAP OF THE SOUL ON:E akan datang iaitu pada 10 dan 11 Oktober ini.

Dalam pada itu, BTS ARMY juga tidak sabar menanti 12 September ini bagi menyambut ulang tahun kelahiran leader kesayangan BTS dan juga ARMY iaitu Namjoon.

Filem BTS akan datang iaitu Break The Silence: Persona juga bakal ditayangkan serentak di seluruh negara bermula 10 September ini.

Tunggu apa lagi BTS ARMY!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest