Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Buat IG Review Secara Percuma, Amar Asyraf Hanya Letak Beberapa Syarat

Pelakon dan pengarah, Amar Asyraf kini tampil membuat review pelbagai jenis makanan di laman Instagram miliknya yang mempunyai 492,000 jumlah pengikut itu.

Published

on

Pelakon dan pengarah, Amar Asyraf kini tampil membuat review pelbagai jenis makanan di laman Instagram miliknya yang mempunyai 492,000 jumlah pengikut itu.

Menariknya, dia melakukan servis itu secara percuma tanpa mengenakan sebarang bayaran!

Wah, rajin dan baik betul ye hati Amar sanggup meluangkan masa dan mempromosikan jualan makanan oleh peminat kesayangannya itu.

Namun, Amar ada meletakkan beberapa syarat sebagai tanda komitmen kepada mereka yang mahukannya melakukan review.

“Saya hanya meletakkan beberapa syarat sebagai tanda komitmen seperti meminta mereka menghantar makanan yang mereka jual dalam kuantiti tertentu ke set penggambaran yang melibatkan saya.”ujarnya.

Menurut Amar, dia ikhlas ingin membantu peminatnya dalam perniagaan dan cuba membuat review dengan jujur demi mengelakkan pengikut di laman Instagramnya merasa tertipu.

“Setiap review yang saya buat adalah berdasarkan pandangan jujur saya. Saya tak naklah cakap saja-saja semata-mata nak suruh orang beli kerana boleh dianggap sebagai menipu.” jelasnya lagi.
“Apalah sangat dengan buat video dan edit yang tak seberapa tu. Saya buat ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa.” kata Amar yang bakal menimang anak kedua tidak lama lagi ini.

Cayalah! semoga Amar dan keluarga dimurahkan rezeki selalu dan diharapkan perbuatan mulia ini dicontohi oleh para-para pelakon lain di luar sana ya.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest