Connect with us
Projek Radio

Viral

Bukan ‘Beshe-Beshe’, Atuk Dan Nenek 80 Tahun Ini Gayakan Baju Lama Ditinggalkan Pelanggan Di Kedai Dobi Mereka

Stailo teruks!

Published

on

Terbukti bahawa usia bukan penghalang untuk masih berfesyen. Lihat saja keletah pasangan berusia 80 tahun ini yang tular di laman sosial di Instagram @wantshowasyoung, iaitu Wanji dan Sho-Er.

Fun facts, pasangan ini adalah pemilik kedai dobi dari China yang menggayakan pakaian-pakaian lama yang telah ditinggalkan oleh pelanggan di dobi selama bertahun-tahun tau!

Bayangkan berapa banyak pakaian yang dihantar di dobi itu dan tidak di ambil? Disebabkan cucunya tidak tahan melihat mereka merasa bosan dengan rutin harian yang sama setiap hari, dari situlah tercetusnya idea menafsirkan semula fesyen untuk pasangan comel berusia 80 tahun ini, bahkan pakaian lama yang mereka jumpai, diubah dan diperagakan menjadi pakaian baru.

Bukan itu sahaja, cucunya turut membuka akaun Instagram buat pasangan ini untuk mereka berinteraksi dengan peminat mereka.

Instagram  : @wantshowasyoung

Daripada 10,000 ribu pengikut, akaun Instagram mereka kini mencecah hampir 72,000 pengikut dalam masa 1 minggu sahaja! Fuh, ni bukan ‘beshe-beshe’ ni.

Akan tetapi, apa yang mengusik hati adalah apabila Wan Ji & Sho-Er tidak tahu apakah itu ‘followers’ ! Cucunya berkata, dia terpaksa menerangkan kepada mereka fungsi Instagram itu sendiri.

Alahai comelnya lah atuk dan nenek ni. Mereka juga turut mengucapkan terima kasih kerana begitu tersentuh dengan perubahan dan pengalaman mendadak dalam hidup mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest