Connect with us

Rilis

Bukan Satu, Tapi Dua! Coldplay Umum Keluar Album November Ini

Tak sabar!!! ☾☀️

Published

on

Spekulasi mengenai Coldplay yang akan mengadakan konsert jelajah dan single terbaharu selepas menukar gambar profil di kesemua platform sosial media akhirnya terjawab apabila laman rasmi kumpulan tersebut memuat naik sekeping gambar semalam (22 Oktober 2019).

Menerusi laman Instagram rasmi milik kumpulan yang popular menerusi lagu-lagu seperti In My Place, Fix You, Yellow, Viva La Vida dan banyak lagi itu memaklumkan bakal mengeluarkan album baharu bulan depan.

Lebih menarik lagi kali ini, foto yang berbentuk surat itu ditulis oleh kumpulan berkenaan menyatakan mereka bukan mengeluarkan satu album tetapi dua album yang berbeza bertajuk sunset dan sunrise pada 22 November 2019.

View this post on Instagram

#EverydayLife #Coldplay 22 November, 2019 🌙☀️

A post shared by Coldplay (@coldplay) on

Gambar berkenaan telah berjaya menarik perhatian pengikutnya dan sehingga kini, ia telah meraih lebih daripada 400,000 likes selain pelbagai reaksi daripada peminat yang teruja dengan kejutan tersebut.

Untuk rekod, Coldplay telah mengeluarkan 5 buah album termasuk Parachutes (2000), A Rush Of Blood To The Head (2002), X&Y (2005), Ghost Stories (2014), dan A Head Full Of Dreams (2015).

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest