Home > #PenaHot > Bukan Satu, Tapi Janna Nick Bakal Lancarkan Dua Single Baharu

Bukan Satu, Tapi Janna Nick Bakal Lancarkan Dua Single Baharu

 

Pelakon dan penyanyi Janna Nick yang baru sahaja dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur tempoh hari, akibat mycoplasma pneumoniae atau jangkitan paru-paru kini tampil membawa khabar gembira buat semua peminatnya.

Janna menerusi satu portal hiburan online, mengesahkan dia bakal melancarkan dua single terbaharunya  tidak lama lagi.

Gadis berusia 22 tahun itu bakal mempertaruhkan dua buah single di mana salah satunya merupakan lagu duet dengan pelakon pujaan, Alvin Chong.

Lagu berkenaan turut akan menjadi runut bunyi untuk sebuah drama bersiri yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Image result for janna nick dan alvin

“Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu dan dah alang-alang mereka tunggu lama saya terus keluarkan dua single sekali gus.

“Tetapi sejujurnya saya tak sabar menanti reaksi pendengar apabila kedua-dua single ini akan dikeluarkan November ini,” katanya.

Tambah pelakon utama Kau Aku Kita itu, pihaknya masih belum lagi mendapatkan tajuk bagi kedua-dua single terbaharunya itu.

Apa-apa pun, Hot FM ucapkan selamat maju jaya buat Janna dan jaga kesihatan please?

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply