Connect with us

Konsert

Bunkface Kembali Beraksi Di Gig, Imbau Perjalanan Seni

Save the date!

Published

on

Kumpulan indie popular, Bunkface bersama One Buck Short bakal menghangatkan Konsert Punk Rock Picnic yang akan berlangsung di The Bee, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur pada 29 November nanti.

Menerusi temu bual bersama wartawan Muhamad Ridzuan, band yang terdiri daripada Sam (vokalis), Pa’an (gitar utama) dan Youk (bass) begitu teruja untuk menjayakan konsert berkenaan sekaligus dapat mengimbau semula memori perjalanan seni mereka yang bermula di pentas gig.

“Kalau orang kata kami tak sesuai lagi beraksi di lokasi begini, mereka salah kerana secara peribadi kami bermula dengan acara sebegini.

“Bahkan, ada lokasinya lebih kecil daripada The Bee dan ia bukan masalah pun. Itulah tempat bermulanya Bunkface dan daripada situlah orang kenal kami.

“Konsert ini juga ibarat ‘throwback’ kerana kami amat merindui zaman Bunkface bermula dahulu,” kata Pa’an.

Sementara itu, Bunkface akan menyampaikan lagu-lagu yang berusia lebih 10 tahun buat peminat selain mewujudkan semula ‘feel underground’.

“Kedua-dua kumpulan kami dikenali dengan muzik punk rock dan inilah yang kami akan tampilkan. Ia pernah jadi fenomena suatu ketika dulu.

“Benda ini pernah jadi memori buat peminat kami dan pasti mereka mahu merasainya semula seperti 10 tahun lalu,” kata Sam pula.

Bunkface cukup popular dengan lagu seperti Situasi, Revolusi, Darah Muda, Malam Ini Kita Punya sementara One Buck Short pula dikenali menerusi lagu Fast Times, Kelibat Korupsi dan Khayalan Masa.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest