Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Bunuh 49 Ekor Ikan Dengan Pelembut Pakaian Gara-Gara Putus Cinta

Kesian ikan-ikan tu…

Published

on

Lelaki juga manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta.

Lebih-lebih lagi kalau dah lama bersama. Ada juga yang sanggup melakukan perkara di luar jangkaan gara-gara ‘frust’ menonggeng.

Itulah yang terjadi kepada seorang jejaka dari England, Benjamin Avill, 36, yang mengamuk selepas teman wanitanya selama 12 tahun, Jenny Daniels mahu hubungan mereka berakhir.

Menerusi satu portal hiburan online, Benjamin bertindak mengambil sebotol pelembut pakaian dan dituangkan ke dalam akuarium yang menempatkan 50 ekor ikan.

Hanya seekor ikan yang terselamat, ikan jenis bristlenose pleco bernama Bob.

Ish ish ish… orang macam ni pun ada kan?

Ekoran itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 14 minggu, digantung kerja selama 12 bulan dan dilarang untuk memiliki haiwan selama 10 tahun dan didenda £400 (sekitar RM2,000).

Lebih parah, dia juga perlu bekerja 200 jam tanpa gaji dan perlu menghadiri 20 hari aktiviti pemulihan.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest