Connect with us
You Da Boss

Muzik

Busana Siti Nurhaliza di Jakarta Dikritik, Ini Jawapan Siti.

Menurut Siti, busana yang digayakan perlu menepati aspek susunan lagu, termasuk perubahan busana mengikut lokasi konsert.

Published

on

Khamis lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza menghiburkan lebih 3000 peminat pada siri pertama konsert jelajahnya , Siti nurhaliza On Tour di Jakarta.
Selepas berakhirnya konsert itu, ada netizen memberikan komen mengenai pemilihan busana digayakan Siti yang dikatakan tidak sesuai, dan “terlalu sarat”.
Menurut Siti, busana yang digayakan perlu menepati aspek susunan lagu, termasuk perubahan busana mengikut lokasi konsert.



Kata Siti,
‘Asalkan selesa, buat apa pakai baju terlalu ketat tetapi tak yakin menyanyi dengan baik?’
“Ada beberapa sudut yang akan dititik beratkan dalam setiap pandangan peminat mengenai persembahan saya di Jakarta, minggu lalu.
“Berikutan peminat Indonesia, Malaysia dan Singapura berbeza-beza, akan ada pertukaran susunan lagu dan pakaian yang tidak sama antara semua lokasi.
“Setiap warna yang dijelmakan di pentas memainkan peranan besar,”
Menurut kakak ipar Siti, Rozi, suasana ketika menukar busana di bilik persalinan juga mencemaskan.
Rozi berkata di Instagramnya,
“Cemas, lucu, kelam kabut dan macam-macam dah terjadi. Itu belum lagi tiba-tiba zip baju rosak dan capai baju standby atau tak sempat nak rapikan baju, rambut atau tudung. Nak salin baju, nak cabut segala macam cucuk sanggul, pin tudung, tali pinggang, tukar ke baju seterusnya, pakai tudung, cucuk sana sini.
“Itu belum lagi nak touch up make up, ganti warna lipstik ke, lap peluh…”

Siti juga memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu berkenaan kerana tidak mahu memberi publisiti kepada mana-mana pihak, namun terbuka menerima pandangan peminat
Seterusnya, Siti akan bertemu peminat di Singapura pada 2 Mac disusuli Kuala Lumpur pada 16 Mac.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest