Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Cabaran Namron Dalam Warkah

Amacam, best tak filem Warkah?

Published

on

Pada 15 Ogos lalu, filem Warkah yang diadaptasikan daripada sebuah kisah benar sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam.

Pelakon hebat, Namron mengakui berdepan kesukaran tatkala melakonkan watak Kamil, iaitu lelaki lumpuh dalam filem terbabit.

“Meskipun banyak watak pernah saya lakonkan, karakter ini mencabar apabila harus bermain dengan pergerakan mata.
“Ia sesuatu yang tidak mudah, namun selaku pelakon, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan karakter dibawa berjaya dilakonkan dengan baik,” katanya.

Filem Warkah bertemakan kekeluargaan dan watak Kamil ialah seorang bapa tunggal yang lumpuh selepas terbabit kemalangan.

“Kisah seorang lelaki yang kematian isteri dan perlu membesarkan dua anak di kampung. Sebagai ketua keluarga, dia perlu rajin mencari rezeki.
“Keadaan semakin sukar apabila adik lelakinya berdepan masalah kewangan kerana menjadi mangsa penipuan dan perlukan pertolongannya,” jelas Namron.

Selain Namron, filem Warkah arahan Opy Zami itu turut dilakonkan oleh Syazwan Zulkifli, Isyariana, Wafiy dan pelakon cilik Rayyana Rayqa yang baru berusia 5 tahun.

Sinopsis Warkah

Warkah mengisahkan tentang kehidupan sebenar seorang remaja bernama Ikmal lakonan Wafiy, yang begitu cemerlang dalam pelajarannya namun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan hidup.

Disaat dia menghampiri peperiksaan yang amat penting, ayahnya Kamil lakonan Namron ditimpa kemalangan hingga mengakibatkan lumpuh seluruh badan. Ikmal mula bergelut dengan cabaran kehidupan.

Bagaimanapun, kehadiran Cikgu Nur lakonan Isyariana memberikan satu harapan baru untuk Ikmal yang dibelenggu dengan dilema antara konflik keluarga dan masa depannya.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest