Connect with us
Projek Radio

Drama

Camelia Dapat Sambutan Sampai Ke Indonesia!

Sebab cerita ni memang best!

Published

on

Drama Camelia yang menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini sudah pun menghampiri ke penghujungnya.

Camelia yang mula disiarkan sejak 16 Januari 2020 mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang bermasalah disebabkan sifat dua anak perempuan pasangan menetap di kampung yang suka bergaduh.

Pada tahun 1999, 3 adik-beradik, Malik, Mariam dan Marina tinggal bersama ibu bapa mereka, Halim dan Zainab, serta nenek sebelah ibu mereka, Tok Su. Mereka bukan keluarga yang senang malah, bekerja sebagai petani di kampung tersebut.

Mariam (Datin Diana Danielle) tertekan semenjak kecil kerana selalu dipandang rendah oleh neneknya, Tok Su. Tok Su sering melebihkan adiknya, Marina (Ain Edruce) yang dikatakan cantik berbanding dirinya.

Walaupun emak, ayah dan abang angkatnya, Malik (Saharul Ridzwan) berada dipihaknya Mariam tetap tertekan. Kejahatan Marina juga membuatkan Mariam trauma. Tekanan dan trauma yang berterusan kemudiannya telah menyebabkan Mariam memiliki split identity.

Identiti yang bernama ‘Camelia’. Camelia mula menguasai diri Mariam dalam usaha membalas dendam di atas setiap perbuatan jahat Marina.

Terbaharu, Ain Edruce menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi teaser episod seterusnya.

Menjengah ke ruangan komen pula, terdapat individu secara menyeloroh telah menyatakan mahu memukul watak berkenaan sekiranya dia bertemu dengan Ain.

Pengikutnya itu juga turut memaklumkan dirinya dari Indonesia dan meminati drama lakonan Ain dalam drama tersebut.

Jangan lupa saksikan episod terakhir Camelia menerusi saluran TV3 pada jam 10 malam, 11 Februari 2020.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest