Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

‘Cancel’ Balik Kampung, Ini Aktiviti Menarik Zaquan Adha Bersama Anak-anak

Boleh lah anda try aktiviti ni kat rumah jugak!

Published

on

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu, rakyat digesa supaya hadkan pergerakkan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha mengakui sedikit sedih apabila perancangannya untuk pulang ke kampung halaman  di Seremban terbantut gara-gara wabak itu.

Pasrah dengan arahan kerajaan, suami kepada aktres, Ayu Raudhah itu akhirnya membuat keputusan untuk mengisi masa lapang bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti air di halaman rumahnya.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya pada 18 Mac lalu.

View this post on Instagram

18 march….cerita nye semalam dah ready nak balik seremban,dah siap cek kereta and service sebab nak jalan jauhkan…lagi pun memang lama dah plan nak balik jumpa family dgn mak di seremban…so we decide untuk bergerak malam sebab bila bergerak malam memang time budak2 tido so daddy akan drive dengan tenang…tupp tupp petang semalam dia org announces lebih baik to stay at home sebab masalah wabak covid 19…ermmm tak ada rezeki nak blk jumpa mak and family…maybe ada hikmah…so daddy pun plan lah activity yg boleh happy kan anak2 daddy…so maybe korang yg dah ada family and anak2 blh try plan mcm ni dekat rumah ok…happy holiday and stay safe guys…

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Zaquan juga percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah tatkala tiada rezeki untuk balik berjumpa ibu ayah di Negeri Sembilan.

Untuk rekod, Zaquan dan Ayu telah mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.

 

 

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest