Connect with us
Duit Dari Kayangan

Inspirasi

Cara Terbaik Untuk Hilangkan Takut Pada Kucing

Comel saja orang yang takut kucing ni..

Published

on

Kucing memang seekor makhluk bulus yang comel dan sedap untuk dibelai.

Gelagatnya yang malas layan orang itu lah yang membuatkan orang suka.

Malah, perangai manja kucing pun memang akan buat orang jatuh cinta pada mereka.

Akan tetapi, masih ada juga di antara kita yang takut atau geli pada kucing.

Jadi, jom cuba beberapa cara ini untuk anda yang takut atau geli pada kucing:-

TENGOK GAMBAR/ VIDEO KUCING

Mungkin bagi anda yang takut atau geli pada kucing ini boleh cuba untuk lihat dan tonton gambar serta video kucing dengan kerap.

Ini bagi mengurangkan sikit fobia atau nervous korang pada kucing.

Terdapat banyak video kucing yang menarik boleh ditonton dan lama-kelamaan, mesti anda akan teruja.

CUBA DEKAT

Cuba beranikan diri anda untuk dekat pada kucing.

Cuba biarkan kucing itu datang dekat pada anda tetapi jangan sentuh lagi. Cuma cuba dekat sahaja.

PENGARUH DIRI SENDIRI

Sebelum anda mula beranikan diri untuk pegang, sentuh dan belai kucing.

Boleh cuba untuk pengaruh diri sendiri terlebih dahulu dengan perkara positif tentang kucing.

Selain boleh jadikan kawan baru dalam kehidupan harian anda, cuba positifkan diri bahawa kucing ini adalah makhluk bulus yang paling cool dan mereka ada soft side tersendiri.

BELAI DAN PEGANG

Akhir sekali, baru boleh cuba untuk pegang dan belai kucing dengan perlahan.

Jika anda pernah pegang apa sahaja barang berbulu dan lembut, cuba anggap kucing itu adalah benda yang best untuk dibelai macam anak sendiri?

Mesti lama-kelamaan anda akan jatuh cinta pada makhluk yang bernama kucing ini. 

Jadi selepas ini bolehlah cuba cara ini pada diri sendiri atau kawan yang takut kucing…

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest