Selepas kejayaannya bernaung dibawah sebuah agensi peragaan terkenal antarabangsa dan tercalon dalam kategori Penyanyi Terbaik Asia Tenggara menerusi MTV Europe Music Awards 2019 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, penyanyi Yuna kini tampil dengan muzik video baharu yang berjudul Castaway.
Castaway mengisarkan berkenaan kisah disebalik kejayaan penyanyi yang berasal dari Alor Setar itu sebagai seorang selebriti di Amerika Syarikat.
Lagu ini juga adalah salah satu daripada 11 lagu dalam album keluaran terbaharunya iaitu Rougue yang sudah dilancarkan Julai lalu.
Video muzik yang turut mendapat sentuhan daripada suaminya sendiri iaitu Adam Sinclair turut meraih lebih 100,000 tontonan selepas beberapa jam ia dimuat naik.
Menerusi kapsyen Yuna di laman Instagram miliknya pula, dia meluahkan penghargaan terhadap individu yang terlibat dalam menjayakan video muzik ini termasuk suaminya sendiri.
Menurut Yuna, lagu ini ialah kerjasama ke-5 antara penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu dengan suaminya Adam.
“It’s a blessing I get to do this with you.”
Turut berseloroh, Yuna mengatakan dia seperti tidak percaya bahawa mereka telah bekerja keras untuk menyiapkan video muzik berkenaan selain menyatakan dia menginginkan percutian.
This site uses functional cookies and external scripts to improve your experience. Which cookies and scripts are used and how they impact your visit is specified on Dasar Privasi.
NOTE: These settings will only apply to the browser and device you are currently using.
Dasar Privasi
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.
Terma Penggunaan
This consent will be triggered by clicking on the Accept button.