Connect with us
Projek Radio

Drama

Catat 11 Juta Penonton, Tahniah Buat Drama Bukan Gadis Biasa!

Bukan kaleng kaleng!

Published

on

Sepanjang bulan Ramadan lalu, drama adaptasi novel Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak telah bersiaran menerusi slot Akasia TV3.

Drama terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd itu turut dibintangi Nazim Othman, Mas Khan, Chacha Maembong, Izdham Ismail, Lia Natalia, Zarul Husin, Ozlynn Waty, Sheila Rusly, Ako Mustapha, Balkishy Semundur Khan, Shajiry dan Ashhry Atan.

Biarpun dikritik dari beberapa segi seperti suntingan, solekan kesan khas dan mempertikaikan lakonan Opah Aminah yang dibawa oleh Sheila Rusly, drama tersebut mampu mencipta magisnya tersendiri.

Buktinya, ia mencatatkan drama tontonan tertinggi sepanjang Ramadan lalu dengan 11 juta penonton sepanjang 28 episod.

Berita gembira itu didedahkan menerusi laman Instagram rasmi TV3 pada Selasa, 2 Jun 2020.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest