Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Cegah Wabak, Betty Rahmad ‘Sarung’ Kostum Dinasour Ke Pasar Raya

Win habis!

Published

on

Adik bongsu kepada bintang Mak Cun, Erma Fatima dan Umie Aida iaitu Betty Rahmad telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 23 Mac lalu.

Pelakon tinggi lampai itu telah melakukan aksi luar biasa apabila pergi ke pasar raya dengan memakai kostum dinasour. 

Menerusi laman Instagram, Betty ada berkongsi beberapa foto dan video ketika berada di pasar raya untuk tatapan umum.

Kata Betty, selain melindungi diri daripada wabak Covid-19, dia berpakaian seperti itu bagi menghiburkan orang ramai sempena hari jadinya.

Rata-rata pengikut dan rakan selebriti meninggalkan pelbagai komen lucu dek kerana terhibur dengan aksi ‘MummyDino’ itu yang begitu selamba.

Untuk rekod, Betty dan suami, Ardy Damis telah berkahwin pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia satu tahun.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest