Connect with us
Hot Selebriti

Update

Cerita ‘Sweet’ Di Sebalik Pokok Tanaman Yusry KRU!

“Y” for Yong!

Published

on

Umum mengetahui pelakon Lisa Surihani berkahwin dengan Yusry Abd Halim pada tahun 2012, dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata, iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki.

Anak pertama mereka bernama Yahaira Leanne lahir pada September 2015 manakala anak lelaki bernama Yusof Leonne dilahirkan pada April 2017.

Menerusi sekeping gambar sebatang pokok yang dimuatnaik oleh Lisa di Instagramnya pada Rabu 4 Mac, Lisa mendedahkan satu fakta menarik.

Menurutnya, di saat Yusry mengetahui Lisa hamil anak pertama mereka yang digelar Yong, Yusry telah menanam sebatang pokok istimewa dan menamakannya “The Yahaira Tree”.

Pokok tersebut yang berbentuk “Y” turut disedari Lisa dalam komennya, seperti melambangkan nama anak mereka, Yahaira.

Ada peminat turut memberitahu, pokok itu dari spesis Samanea Saman, atau lebih dikenali sebagai The Rain Tree.

Lisa juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membina “tree house” ketika meletakkan komen ini.

Satu hadiah yang sangat cantik dan istimewa buat Yong!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest