Connect with us
Projek Radio

Drama

Cetera Hati Diya Kembali Temui Penonton

Ada yang rindu tak drama ni?

Published

on

Drama adaptasi novel Isteri Aku Kalis Cinta iaitu Cetera Hati Diya akan kembali menghiasi TV3 menerusi slot Akasia bermula hari ini, Khamis jam 7 malam.

Diarahkan oleh Raja Mukhriz, drama 15 episod itu menampilkan gandingan hebat Fattah Amin dan Azar Azmi.

Selain mereka berdua, pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam drama Cetera Hati Diya ialah Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan dan Mak Wan Latah.

Jom kita baca sikit sinopsis drama ini.

Mengisahkan tentang Adelia Dayana (Diya) telah lama menutup hatinya untuk cinta dan memang tidak mempercayai mana-mana lelaki.

Ini disebabkan oleh peristiwa hitam yang dilaluinya apabila dia telah diperkosa oleh Zakuan, rakan sekerjanya.

Malah, dia juga telah dibuang daripada keluarga setelah mereka mengetahui dia sebenarnya mengandung apabila dikejarkan ke hospital akibat terjatuh dari tangga lalu keguguran. Zakuan pula tidak mahu bertanggungjawab.

Dalam mengelak untuk menjalin hubungan dengan sesiapa, Zahil Hariz hadir menguji prinsip diri Diya. Zahil cuba memenangi hati Diya walaupun Diya menunjukkan sikap dingin.

Zahil menemui keluarga Diya dan menyunting Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab diatas kesalahan Zakuan, adik tirinya.

Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil. Mereka berkahwin namun Diya masih bersikap dingin dengan Zahil dan Zahil terus cuba mencuri hati isterinya.

Langit tidak selalu cerah, Zahil disahkan mengidap Leukimia, pada masa yang sama Diya pula disahkan mengandung.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest