Connect with us
You Da Boss

Filem

Chacha Maembong Pula Berdepan Kemurungan???

“Banyak rahsia tidak boleh dikongsi”- Chacha.

Published

on

Lama tak dengar cerita tentang pelakon, Chacha Maembong.

Sabar, jangan terkejut baca tajuk artikel ini ye.

Sebenarnya, adik kepada selebriti Emma Maembong itu bakal terbabit dalam sebuah filem seram, Anak Perjanjian Syaitan membawa watak seorang isteri yang berdepan penyakit kemurungan.

“Watak Azlinda ini berat. Dia berdepan masalah besar dan tidak tahu untuk meluahkannya kepada sesiapa. Dia memendam perasaan apabila terlalu banyak rahsia tidak boleh dikongsi.

“Akhirnya, Azlina mengambil jalan pintas yang merosakkan hubungan dengan suami dan keluarga.

“Tindakannya itu juga membuatkan Azlinda tersiksa. Biarpun dipersembahkan dalam bentuk seram, ia tetap sebuah karya yang sarat dengan mesej,” kata Chacha.

Dalam filem ini, Chacha akan bergandingan dengan Nadzmi Adhwa sebagai suami isteri, selain turut dibintangi Jasmin Hamid, Shahrolnizam Noor, Azlan Komeng dan Attika.

View this post on Instagram

Coming soon in cinema

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Filem Anak Perjanjian Syaitan bakal menemui penonton di pawagam pada 24 Oktober depan. Nantikan!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest