Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Che Puan Khaleeda Hamil Anak Ketiga??

YM Che Puan Khaleeda dihujani ucapan tahniah netizen!

Published

on

Baru baru ini, Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam, isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik gambar menghadiri majlis pernikahan rakan baiknya, di akaun Instagramnya, ymchepuankhaleeda.

Namun, yang menarik perhatian netizen adalah bentuk perut atau “baby bump” Che Puan Khaleeda, seakan-akan memberi gambaran dia kini hamil anak ketiga.

14 April lalu, Che Puan Khaleeda turut berangkat pada majlis penutup perlawanan bola jaring Piala YM Che Puan Khaleeda di Stadium Educity, Nusajaya.

Netizen juga mula membuat spekulasi mengatakan Che Puan Khaleeda hamil kali ketiga, apabila baju putih yang dipakai menunjukkan “baby bump”.

Che Puan Khaleeda dan Tunku Ismail mempunyai dua orang anak, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, 3 tahun, dan Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, 2 tahun.

Jika benar Che Puan Khaleeda hamil kali ketiga, semoga ibu dan anak dalam kandungan sentiasa sihat.

Tak sabar nak tunggu kelahiran putera atau puteri baharu pasangan diraja ini!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest