Connect with us
Duit Dari Kayangan

Viral

Cik B Mengaku Salah, Datuk Seri Vida Sudah Berjumpa Pihak Polis

It’s okay Cik B!

Published

on

Baru-baru ini tular beberapa video di laman sosial, memaparkan kanak-kanak bawah umur memandu lori dan kereta untuk bersiar-siar. Salah seorang daripada mereka adalah Cik B, iaitu anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida.

Dato' Seri Vida's Daughter Cik B Accused Of Underage Driving?

Cik B menjelaskan bahawa video itu adalah video lama pada 2018 yang ditularkan semula melalui laman sosial di Facebook ‘Sayang-sayang DSV’.

Dalam laporan minggu lalu, pihak polis sedang mengenal pasti identiti remaja perempuan itu selepas satu laporan polis telah dibuat oleh Pegawai Trafik Daerah Ipoh berkenaan video tular tersebut. Bagaimanapun segalanya terjawab apabila anak kepada Datuk Seri Vida iaitu, Cik B mengaku dia adalah remaja yang dicari oleh pihak polis kerana memandu bawah umur.

“Ya dalam video itu ia adalah saya. Ia tahun 2018, tapi (memandu) hanya di kawasan rumah sahaja.

“Masa mula-mula viral tak ada apa-apa tapi sebab ada kes baru babitkan budak berusia 9 tahun bawa lori… saya kena juga,” katanya.

Menjelaskan keadaan lebih lanjut, Cik B berkata ibunya sudah pun berjumpa dengan pihak polis untuk menyelesaikan masalah itu. Kata Cik B, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata positif dan tidak akan mengulangi kesilapan tersebut.

“Mama sudah jumpa polis dan mungkin isu ini sudah diselesaikan. Kalau tengok komen-komen netizen bagi deorang bagi kata-kata positif”

“Lain kali saya tak buat lagi, tapi Cik B dah lama tak memandu. Masa video tu dah nak sampai rumah, mama berhenti lepas tu Cik B pun tukar seat. Lagi 2 minit nak sampai rumah,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest