Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

“Cindai, Watak Paling Mencabar Sebab..” —Ayda Jebat

Macam mana tak mencabar kalau dalam drama ni Ayda hampir kena…

Published

on

Tidak mudah untuk seseorang anak seni itu untuk menonjolkan bakat mereka menerusi sesebuah drama atau filem.

Mereka turut perlu mempelajari, mendalami serta menghayati watak yang diberi agar sesebuah naskhah itu berjaya menjadi tontonan ramai.

Sama seperti pelakon Ayda Jebat, yang baru-baru ini mencuri tumpuan peminat apabila berkongsi beberapa video serta foto ketika menjalani penggambaran drama Cindai.

Drama berkenaan turut dimaklumkan bakal bersiaran menerusi slot Samarinda TV3 tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, apa yang menarik perhatian peminat adalah imej watak Cindai yang selekeh dan tidak terurus.

Jelas Ayda, Cindai adalah watak yang paling mencabar pernah dilakonkannya kerana sarat dengan perubahan emosi.

“Ini adalah watak yang sangat mencabar sampai membuatkan saya berasa sangat penat kerana banyak bermain dengan emosi. Itu belum lagi babak-babak seperti hampir dirogol, berlari dan terjatuh sehingga meninggalkan kesan lebam memandangkan kulit saya memang sensitif.”

Pada masa sama, pelakon itu mengakui tidak kisah untuk tampil selekeh dan tidak cantik kerana sedar tanggungjawab seorang pelakon adalah menyampaikan cerita kepada penonton.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest