Connect with us
You Da Boss

Selebriti

Cinta Laura Tutup IG Elak Tekanan

Best gila layan sinetron Cinderella masa kecil-kecil dulu!

Published

on

Penggemar sinetron Indonesia sudah pasti ingat dengan Cinta Laura Kiehl.

Popular menerusi drama Cinderella sekitar tahun 2007 lalu, pelakon dan penyanyi kacukan Indonesia-Jerman itu kini sedang rancak mengembangkan kerjaya seni di Amerika Syarikat (AS).

Namun, menjadi anak seni bukanlah perkara yang mudah kerana setiap tindak tanduk kita akan diperhatikan dan bak kata orang putih, “haters gonna hate”.

Bagi gadis berusia 26 tahun ini, dia memilih untuk menyahaktifkan akaun media sosial buat seketika untuk mencari ketenangan diri.

“Saya lebih suka mengabaikan komen negatif di laman sosial. Ada kalanya komen dilayang melampau tetapi saya lebih senang tidak melayan. Tapi jika keadaan memerlukan saya mengulas, saya akan jawab.

“Ia ibarat ‘detoks’ daripada sosial media buat seketika. Detik itu umpama ‘me time’ untuk diri saya sahaja. Biasanya, saya akan gunakan tempoh berkenaan untuk menumpukan perhatian kepada insan tersayang.

“Apabila fikiran lega, saya akan mengaktifkan semula akaun laman sosial dan berkongsi aktiviti seni,” katanya ketika ditemu bual wartwan, Serimah Mohd Sallehuddin.

Dalam perkembangan terbaru, Cinta kini sedang mempromosikan lagu terbarunya, Vida.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest