Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

“Cinta Sejati” Versi Misha Omar ‘Sampai’ Ke Hati

Feeling habis Kak Mitch!

Published

on

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Kak Mitch, Misha Omar ada memuat naik video pendek menyanyikan lagu Cinta Sejati di laman Instagram miliknya pada 1 Mac.

Cinta Sejati adalah nyanyian asal penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari yang merupakan runut bunyi bagi filem Habibie & Ainun.

Jika diamati lagu tersebut, ia amat menyentuh emosi kerana bait-bait kata dan susunan muziknya begitu berkait rapat dengan realiti kehidupan Bunga ketika ini yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Lagu Cinta Sejati versi Misha juga tidak kurang hebatnya apabila ia telah meraih lebih 119,000 tontonan dengan rata-rata peminat turut terkesan serta memuji vokalnya yang ‘sampai’ ke hati. Saksikan video di bawah.

Kata Misha, setiap pasangan harus sentiasa berkasih sayang dan menghargai antara satu sama lain selagi masih diberi waktu untuk bersama.

Pelantun lagu Sampai Bila itu juga memohon para peminat untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada semua insan seni yang telah pergi menghadap ilahi termasuk arwah bapanya, Omar bin Ismail.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest