Connect with us
Hot Selebriti

Viral

Cipta Lagu Untuk Bekas Kekasih, Suara Merdu Lelaki Ini Jadi Perhatian

Stay strong, bro!

Published

on

Tiada siapa yang bercinta mahu hubungan terputus di tengah jalan.

Baru-baru ini, tular video seorang jejaka menyanyikan sebuah lagu dicipta khas buat bekas kekasihnya gara-gara kisah cinta yang dibina selama dua tahun tidak kesampaian.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Faliq Fahmie pada Khamis lalu.

Difahamkan, lelaki berkenaan adalah sahabat kepada Faliq dan setakat artikel ini ditulis, video yang dimuat naik telah meraih lebih 283,500 tontonan, 16,900 retweets serta 21,400 tanda suka.

Lebih menyedihkan, bekas kekasihnya juga dipercayai sudah berkahwin dengan orang lain.

Dalam pada itu, suara merdu lelaki itu turut mencuri perhatian.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa jejaka ini selain turut memuji suaranya yang begitu sedap di ruangan komen.

Stay strong, bro!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest