Home > Yang Hot > Clever Girl

Clever Girl

///
Comments are Off

Clever Girl Malaysia, sebuah program realiti “game show” TV3 yang menampilkan gadis-gadis pintar dari seluruh Malaysia kini kembali dengan musim kedua! Misi pencarian 14 orang gadis pintar untuk membuktikan kecekapan berfikir mereka telah pun berakhir pada awal bulan Mei lepas. Pada musim lalu, kita telah menyaksikan Fatin dari Kelantan dinobatkan sebagai juara. Kali ini, gadis dari negeri manakah yang bakal bergelar juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

Terbuka kepada peserta wanita yang berada dalam lingkungan usia 18 hingga 30 tahun, Clever Girl Malaysia mempunyai konsep yang berbeza daripada program realiti lain di mana program ini lebih mengetengahkan konsep intelektual.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Zurina Othman, “Sebagai program realiti ‘game show’ Nombor 1 di Malaysia, kami amat bangga kerana dapat menjadi sebuah platform khas buat kaum wanita untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Alhamdulillah, atas respon penonton yang memberangsangkan, kami meneruskan program ini untuk musim kedua. Oleh itu, Kami berharap 14 peserta kali ini mampu menjadi sumber inspirasi kepada para penonton, terutamanya anak-anak muda.”

Memasuki musim baharu, Clever Girl Malaysia masih akan menilai prestasi dan kebolehan setiap peserta berdasarkan kemampuan mereka untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Setiap soalan yang dikemukan kepada 14 peserta ini telah pun diluluskan oleh pihak Mensa. Para peserta yang bakal bersaing untuk musim ini juga mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza. Penonton setia sudah pastinya tidak sabar untuk menyaksikan siapakah 14 orang gadis yang bakal bersaing di pentas Clever Girl Malaysia kali ini.

Lebih menarik lagi, Clever Girl Malaysia musim kedua ini dibawakan khas oleh Sayangku Ratna, Jangan Berhenti Memuji oleh Serai Mas Herbs Trading selaku penaja utama. Program ini turut menampilkan Nin Jiom, Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak sebagai penaja bersama, dan disokong oleh tonton sebagai Geng Digital, Harian Metro dan New Straits Times sebagai Geng Media dan Hot FM sebagai Geng Radio.

Menurut kata Puan Marlinda Jasrizal, Pengurus Syarikat Serai Mas Herbs Trading, “Serai Mas sebagai penaja utama Clever Girl Malaysia, selaras dengan kehendak pengguna kini, yang menginginkan untuk berketerampilan dengan produk wajah yang selamat, mudah dan berkesan. Ratna Skincare, seiring dengan rahsia wajah awet muda sepanjang usia. Sayangku Ratna, Jangan berhenti memuji. Ratna Skincare Keluaran Serai Mas mengharapkan pengguna teruja dan serasi dengan menggunakan produk Ratna Skincare, berasaskan bahan natural, tiada kesan sampingan. Istimewanya ratna skincare. Makin lama pakai, makin berseri kulit wajah. Sayangku Ratna, Ratna Skincare, Jangan berhenti memuji.”

Program Clever Girl Malaysia yang dihoskan oleh Alif Satar ini merangkumi tiga segmen utama. Dalam Pusingan Pertama, para peserta perlu menjawab 10 soalan, di mana setiap soalan bernilai 5 markah. Sementara itu, markah bagi Pusingan Kedua pula adalah antara 10 hingga 100 markah, dan ianya berbeza mengikut soalan-soalan yang telah ditentukan.

Untuk Pusingan Penentuan: Juara Mingguan, dua peserta yang berada dikedudukan teratas akan berentap untuk menjawab soalan yang dikemukakan dengan pantas. Peserta yang berjaya di dalam Pusingan Akhir ini akan membawa pulang hadiah mingguan serta diberi Imuniti.

Dua peserta dengan markah terendah harus bersaing dalam Pusingan Penentuan; Penyingkiran, di mana mereka mungkin akan dinilai menerusi ketangkasan dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan ujian IQ. Seorang peserta yang berjaya menyelesaikan soalan dengan paling pantas dan tepat akan terselamat daripada tersingkir.