Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita gembira buat pasangan pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya mengenai kehadiran cahaya mata kedua mereka selepas Lara Alana. Berita gembira itu bukan sahaja membuatkan mereka rasa teruja, bahkan turut dikongsi sama dengan peminat.
Selepas anak sulung mereka, Lara Alana menjengah usia enam tahun, pasangan itu kini bakal menimang cahaya mata kedua apabila Scha kini sedang hamil empat bulan.
Berkongsi kegembiraannya, Awal yang juga pengacara program Melodi itu berkongsi pengalamannya menjaga isterinya, Scha Al-Yahya yang sedang hamil.
Mengulas lanjut mengenai ‘perangai’ aneh isterinya, Awal berkata, Scha kini cepat rimas dengan bunyi-bunyian.
“Ketika Scha mengandungkan Lara, dia memang tak suka memegang telefon dan tidak aktif di media sosial. Jadi, perkara sama berulang dan itu tidak terlalu mengejutkan saya.
“Yang menjadi kejutan buat saya adalah dia benar-benar tidak sukakan bunyi bising sehingga menonton TV pun dia akan matikan suara.
“Kalau drama atau filem yang disediakan sarikata, tak jadi masalah. Tapi apabila yang tidak ada sarikata, saya sendiri pun hairan melihat kerenahnya,” kata awal.

Scha juga pernah meluahkan hasratnya untuk menutup akaun media sosialnya tetapi Awal tidak membenarkannya.
“Saya juga terpaksa letakkan telefon dalam ‘mood’ senyap kerana dia cepat terganggu”
“Kalau anda nak tahu, selama lebih tiga bulan ini sayalah yang menjaga akaun Instagram Scha dan sering memuat naik benda-benda berkaitan kerja memandangkan ada komitmen kerja yang harus dikongsikan,” kata Awal.
Ditanya mengenai Lara yang bakal bergelar kakak, dia kini mula menunjukkan sikap ‘cemburu’ dengan kehadiran adiknya yang dijangka dilahirkan pada Februari tahun depan.
Awal berkata, Lara seperti merasakan dirinya kurang mendapat perhatian daripada ibunya yang juga pelakon dan pengacara itu.
“Pada peringkat awal, dia seronok. Dalam dua ke tiga minggu ini, dia cepat merengek dan nampaknya, seperti inginkan perhatian. Dia bertanya kepada saya, kenapa bila dia bercakap dengan ibunya, tapi ibunya tak layan.
“Saya jelaskan kepadanya mengenai bayi dalam kandungan Scha dan dia mula faham. Tapi, pada masa sama, dia banyak bertanya, selepas ibunya bersalin adiknya akan tinggal dengan siapa dan siapa akan teman dia tidur,” katanya.

Alahai comelnya Lara… tak sabar rasanya nak tunggu baby baru Awal dan Scha lahir! Semoga semua dipermudahkan.
Sumber dari Harian Metro.