Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Comelnya! Budak Pakai Kostum Biri-Biri Curi Perhatian Umum

Comel terukkkk!

Published

on

Ingat tak zaman kita masa kecil-kecil dulu? Mesti banyak kenangan manis yang sukar dilupakan.

Antara yang paling menarik mestilah pada hari sukaneka sebab time ni la semua kanak-kanak berkumpul dan bersuka ria bersama rakan-rakan yang lain.

Malah ibu bapa turut tidak melepaskan peluang untuk datang bagi memberi semangat kepada anak masing-masing.

Sama seperti sebuah sekolah tadika di Sandakan Sabah apabila acara tahunan itu kelihatan sangat meriah dengan pelbagai acara dan peragaan kostum-kostum yang mencuit hati.

Pelbagai acara telah dipertandingkan termasuk acara perbarisan.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah gambar candid seorang kanak-kanak lelaki yang memakai kostum kambing ini selaku ketua perbarisan rumah sukannya.

Kostum biri-biri yang dipakai anak-anak dalam perbarisan untuk memeriahkan temasya Sukan PASTI Kawasan Sandakan.

Zulzaim Hilmee Abidin 发布于 2019年7月23日周二

Gelagat kanak-kanak ini turut menjadi bualan di laman Twitter apabila dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman tersebut.

Netizen di laman Twitter dan Facebook juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi kepada foto tersebut kerana menyifatnya sebagai sangat comel dan juga lucu.

Dalam pada itu, mereka juga tidak lekang memuji kostum yang dipakai oleh kesemua kanak-kanak ini sangat kreatif dan menarik untuk ditonton.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest