Connect with us
Hot Selebriti

Rilis

Cover Lagu Bicara Rasa, Video Nyanyian Sheryl Shazwanie & Ayie Floor 88 Trending

Ada je si Eric tu dekat mana-mana ye..

Published

on

Selepas berita mengenai vokalis kumpulan Floor 88 Ayie yang disahkan mengalami kecederaan pada kotak suaranya, namanya kini kembali hangat di laman Youtube.

Gemar menyanyikan semula lagu-lagu artis lain, Ayie kini tampil merakam cover dirinya berduet bersama penyanyi baharu Sheryl Shazwanie menerusi lagu Bicara Rasa.

Lagu yang pada asalnya dinyanyikan oleh Ariff Bahran dan Sarah Suhairi itu juga sebelum ini telah menerima lebih daripada 2 juta tontonan di laman berkenaan.

Kini, menerusi duet Ayie & Sheryl, lagu ciptaan Sang Hitam dan Rudy Kasmaran itu terus mendapat perhatian selepas ia turut mencatat jumlah tontonan yang tinggi sekaligus trending nombor 9.

Bicara Rasa juga merupakan lagu runut bunyi untuk drama rantaian Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch yang telah tamat pada 25 November 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest