Connect with us
Hot Deeja Tiktok Champ

Selebriti

Covid-19 : Ini Pesanan Mawar Rashid Buat Peminat

Stay safe everyone!

Published

on

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Ia sebagai langkah untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meruncing.

Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon tanah air, Mawar Rashid, 24, yang prihatin dengan musibah yang sedang menimpa negara.

Menerusi laman Instagram miliknya, Mawar berharap semua rakyat Malaysia menjaga kesihatan diri serta keluarga masing-masing.

Mawar yang kini sibuk mengusahakan perniagaan kosmetik juga meminta pengikutnya agar meminum air putih secukupnya, mengambil Vitamin C, pastikan tangan sentiasa bersih serta memakai topeng muka.

Dalam pada itu, pelakon drama Raisha 2 itu turut memaklumkan anak lelakinya, Rafael dan keluarga semuanya berada dalam keadaan sihat.

Sebagai rekod, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan suami, Raf Yaakob berkahwin pada 9 November 2018 dan kini memiliki seorang anak, Raden Muhammad Rafael berusia satu tahun.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest