Connect with us
Projek Radio

Selebriti

COVID-19: Ini Pesanan Simple Tasha Shila & Suami

Paling penting, duduk rumah!

Published

on

Memasuki hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasa sehingga 31 Mac ini akibat penularan wabak COVID-19, semakin ramai selebriti tempatan tampil memberi nasihat dan peringatan kepada rakyat negara ini.

Antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Mira Filzah, Khai Bahar, Wany Hasrita, Siti Saleha, Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.

Terbaharu, pelakon Tasha Shilla yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020 turut mengambil peluang ini untuk membantu kerajaan dalam mengurangkan penularan wabak itu dengan merakam video pendek mengenai pesanan semasa berada dirumah.

View this post on Instagram

We love you!❤️ #StaySafe #Spreadlove #RumahkuSyurgaku Sila tag keluarga & rakan-rakan anda supaya dapat kongsi pesanan untuk keselamatan dan kebaikan kita semua 👍🏻

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak bersama dengan suami tercinta Muhammad Atiq telah memuat naik pesanan mereka itu menerusi laman Instagram.

  1. Duduk di rumah dan elakkan berada di tempat yang sesak
  2. Dengar arahan kerajaan dan pihak berkuasa
  3. Luangkan masa dengan keluarga tercinta
  4. Makan makanan yang berkhasiat
  5. Bersenam di rumah

Tasha pada akhir video berkenaan turut sempat menyatakan dirinya amat menyayangi semua.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest