Connect with us
You Da Boss

Filem

Dah Bersedia Untuk Misi Seterusnya? Jom Tonton Ejen Ali The Movie 28 November Ini

Cepat la 28 November!

Published

on

Korang dah bersedia nak saksikan filem terbaharu Ejen Ali The Movie? Maklumlah, dengar khabar pelbagai peralatan sudah dinaik taraf dan Misi Ejen Ali dalam misi kali ini pula penuh dengan kejutan.

Mesti korang nak tahu kan, kenapa terdapat kelibat Ejen Zain dalam filem  ni kan? Kalau korang nak tahu, jom tonton trailer Ejen Ali The Movie di Youtube sekarang:

Menurut portal Berita Harian, filem ini menggunakan kepakaran 80 pereka animasi dan pelukis grafik tempatan bagi memastikan ia dapat disiapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid, berkata penambahan watak dan perincian latar membuatkan pihaknya menggandakan usaha bagi membolehkan naskhah itu ditayangkan pada 28 November ini.

Menurutnya juga, team mereka bertungkus lumus menyempurnakan tugasan masing-masing dalam menghasilkan watak sedia ada, selain menambah kemunculan karakter baharu termasuk antagonis, ejen dan pemimpin bandar Cyberaya.

“Sudah pasti Wau Animation cukup teliti, baik dari segi lakaran watak, perincian pergerakan setiap karakter, aturan babak, latar dan pelbagai aspek lain dalam menghidupkan animasi ini di layar perak.

Produksi yang direalisasikan dengan kerjasama Primework Studios itu mensasarkan kutipan RM20 juta hasil tayangan di kira-kira 120 pawagam.

Filem berdurasi 90 minit terbabit memaparkan kisah pengembaraan Ejen Ali dan rakan seperjuangan dalam menangkis ancaman baharu yang membawa kemusnahan kepada bandar Cyberaya.

Selain tayangan di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, pihak penerbit turut mengintai pasaran beberapa negara lain.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest