Home > #PenaHot > Dah Kenapa Pulak Ni?

Kebiasaannya apabila seseorang itu dikejutkan oleh perkara yang tidak diduga, pastinya mereka akan memberikan tindak balas terkejut atau mengeluarkan suara secara spontan yang dikenali sebagai melatah.

Golongan ini boleh menjerit, menari, ketawa, malah bercakap tanpa henti. Reaksi-reaksi sebegini bukan dibuat-buat tapi sebenranya ialah tindak balas di luar kawalan.

Baru-baru ini, telah tular satu video dimana seorang lelaki sedang menonton acara tembakan dan secara tidak sengaja beliau telah melatah. Jom tengok aksi pemuda ini:

Menurut Perunding Neurologi Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Ooi Phaik Yee, latah ialah satu perkara luar biasa yang berlaku dalam kalangan Melayu di Asia Tenggara iaitu orang Melayu dan Jawa, namun latah juga boleh berlaku dalam kaum lain seperti Baba Nyonya dan Chetti.

“Sehingga kini, masih wujud kontroversi sama ada latah patut digolongkan sebagai satu masalah kesihatan mental ataupun masalah sistem otak saraf kerana latah mempunyai ciri-ciri kedua-dua keadaan ini,” katanya menerusi Malaysian Digest.

Memang seronok tengok orang melatah kan? Namun kita seharunya memahami mereka dengan lebih dekat tanpa menjadikan mereka sebagai “bahan gurauan” untuk hiburkan kita.

 

Sumber dari: Instagram & Malaysian Digest