Home > #PenaHot > Dah Ready Ke Nak Lalu Dekat Lebuhraya Paling Tinggi Di Malaysia?

Dah Ready Ke Nak Lalu Dekat Lebuhraya Paling Tinggi Di Malaysia?

Meskipun ramai yang rasa gayat untuk menggunakan lebuhraya ini, namun mesti ada antara kita yang timbul perasaan ingin cuba melintasi laluan jambatan jalan raya tertinggi Malaysia iaitu Rawang Bypass kan?

Untuk pengetahuan anda, jalan pintas sepanjang sembilan kilometer itu boleh digunakan bermula seawal enam pagi hari ini.

Jalan pintas Rawang sepanjang 9 kilometer dari Rawang ke Serendah dan juga jambatan yang tertinggi di Malaysia (58.2 meter). – Video Muhd Zaaba Zakeria

Posted by Berita Harian Online on Wednesday, 29 November 2017

Menurut Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Fadillah Yusof, keunikan jambatan itu terletak pada pembinaan struktur tiang kerana jambatan Rawang Bypass diiktiraf sebagai tertinggi di Malaysia.

Boleh la feeling-feeling membelah kabus di pagi hari kalau korang gunakan laluan ni pagi-pagi nanti kan?

Selain membelah kabus, korang boleh juga nikmati pemandangan panorama yang cantik di sekitar Rawang.

Projek jalan pintas Rawang setinggi 58.2 meter itu menelan kos sebanyak RM628 juta kerana menggunakan teknologi dari Eropah.

 

Sumber video: Berita Harian

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply