Connect with us
Selamat Hari Raya

Eksklusif

Dah Tak Jadi Singa Kat Rumah, Ibu Bapa Ini Beri Komen Positif Tentang DidikTV

Wah bestnya dapat tengok cikgu dekat kaca televisyen. Adik adik pun boleh sertai pertandingan jugak! Tonton, rakam dan kongsi!

Published

on

 

Dalam usaha memperkasakan Sistem Pengajaran & Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM melalui saluran ntv7 sebagai platform siaran.

Mula bersiaran sejak semalam iaitu 17 Februari 2021, DidikTV KPM mendapat respon positif daripada netizen terutama golongan ibu bapa.

“Anak seronok tengok guru mengajar di kaca tv” – Noreen

Siapa kat sini suri rumah sepenuh masa? Korang mesti banyak meluangkan masa dengan anak di rumah seperti Noreen. Dua orang anaknya kini berada di tahap 1 dan beliau cuma mahu berikan persekitaran pembelajaran yang seronok dan sihat untuk anak-anaknya.

Teruja dengan adanya DidikTV KPM, Noreen sangat bersyukur kerana suasana PdPR di rumahnya berubah lebih baik secara drastik.

“Siaran DidikTV di rumah saya masih belum bertukar dari awal pagi. Anak-anak seronok melihat guru mengajar walaupun guru hanya di kaca tv. Mereka berasa seperti berada di sekolah.”

-Noreen-

Menampilkan guru-guru cemerlang dengan pengajaran menarik di DidikTV KPM, anak-anaknya menganggap belajar satu perkara menyeronokkan. Noreen memuji pihak yang bertungkus-lumus dalam mengusahakan saluran televisyen pendidikan ni.

“Elak anak terdedah kepada gadget” -Farhana

Bekerja sebagai eksekutif pentadbiran, Farhana salah seorang ibu bapa yang terkesan dengan PdPR. Beliau menghadapi kekangan seperti masa pembelajaran pendek dan talian internet tak memuaskan. Anaknya juga kurang faham apa yang diajar oleh guru.

Mempunyai seorang anak yang baru memasuki Tahun 1, Farhana sangat gembira apabila mengetahui DidikTV KPM mula dilancarkan tahun ni. Sedikit sebanyak ia mengelakkan anaknya terus terdedah kepada gadget setiap hari di rumah.

“Anak ni tak pernah lekang dengan gadget setiap hari. DidikTV ni pendekatan yang bagus kerana menggunakan siaran tv. Boleh elak anak terdedah pada gadget.”

-Farhana-

Jika sebelum ini belajar menggunakan gadget, kini anaknya cuba menyesuaikan diri untuk belajar melalui televisyen. Farhana begitu berpuas hati dengan DidikTV KPM dan menjangkakan adanya penambah baik di masa akan datang.

“Banyak slot menarik” – Dr Rozailin

Bagi ibu bekerjaya, bukan mudah untuk memastikan anak tak ketinggalan dalam pelajaran. Sebagai pensyarah UIAM, Dr.Rozailin risau anak-anaknya yang masih bersekolah rendah dan menengah hilang fokus dalam sesi PdPR tanpa kehadiran guru di hadapan mereka.

“Proses PdPR jadi terbantut. Susah disiplinkan anak. Setiap hari kena jadi singa kat rumah. Lepas ada DidikTV ni senang suruh mereka belajar depan tv je. Slot pun banyak menarik perhatian.”

-Dr. Rozailin-

Mula menonton DidikTV KPM sejak hari pertama bersiaran, Dr. Rozailin mendapati siaran ini mengambil pendekatan menarik dari segi perisian dan interaksi.

Paling best, ada banyak slot menarik di DidikTV KPM. Antaranya slot pendidikan dan slot selingan yang membuatkan anak-anaknya tak bosan belajar di rumah.

“Teknik pengajaran & pembelajaran yang berkesan” – Izzeti

Bekerja di bahagian operasi jualan di sebuah syarikat IT antarabangsa, Izzeti masih bekerja dari rumah di Terengganu. Disebabkan sibuk bekerja, beliau hanya mampu memberi tumpuan kepada anak-anaknya setelah habis kerja sekitar jam 8 malam.

Tahun ini, anaknya akan hadapi peperiksaan penting iaitu UPSR. Apabila dapat tahu tentang DidikTV KPM daripada guru kelas anaknya, beliau terus membuka siaran di rumah.

Kagum dengan teknik pengajaran dan pembelajaran di DidikTV KPM, anaknya lebih mudah fokus dalam pembelajaran.

“Sebelum ni anak belajar sepenuhnya dalam talian. Tapi teknik pengajaran dan pembelajaran daripada DidikTV ni luar biasa. Anak jadi lebih mudah fokus dalam pembelajaran.”

-Izzeti-

Berharap DidikTV KPM dapat dilaksanakan untuk jangka masa panjang, Izzeti berpendapat saluran TV pendidikan ini merupakan usaha terbaik supaya anak-anaknya terus fokus belajar di rumah.

Itu antara komen menarik daripada ibu bapa tentang DidikTV KPM. Ramai ibu bapa yang berpuas hati dengan DidikTV KPM.

Jom sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi

Haa.. Dah alang-alang tonton DidikTV KPM dengan anak-anak tu, apa kata korang sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi yang dianjurkan oleh DidikTV KPM. Kongsikan pengalaman pertama korang menonton DidikTV KPM dan berpeluang memenangi peranti.

Kagum betul dengan inisiatif terbaik oleh KPM dalam melancarkan DidikTV KPM. Lepas ni, ibu bapa dah tak payah hadapi kekangan sesi PdPR bersama anak-anak.

Tonton DidikTV KPM yang bersiaran di ntv7 bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Korang jugak boleh saksikan episod terkini di Youtube Channel ntv7MALAYSIA Official.

Gunakan manfaat daripada usaha murni KPM ni sebaik mungkin. Selamat menonton DidikTV KPM!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest