Connect with us
Selamat Hari Raya

Selebriti

Da’i Farhan Cerai Isteri Sedang Hamil Menerusi WhatsApp

Alamak..

Published

on

Isteri kepada Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd. Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin baru-baru ini telah mengesahkan yang beliau sudah berpisah dengan suaminya pada 27 April 2020. Jelasnya, penceraian itu dilakukan atas perbincangan dan persetujuan bersama.

Penceraian dengan talak satu itu dilafazkan oleh Da’i Farhan menerusi satu rakaman suara menerusi aplikasi WhatsApp.

“Untuk pengetahuan semua, ustaz telah lafazkan cerai selepas saya sendiri minta untuk dilepaskan. Saya yakin ini terbaik untuk kami bertiga kerana saya tahu pihak sana juga (bekas madu) tak boleh move on”

Dr. Erin turut menyatakan yang beliau mengizinkan suaminya untuk kembali dengan bekas isterinya kerana Da’i Farhan meluahkan rasa tidak boleh berjauhan dengan anak-anak.

“Saya mengalah dan tidak mengharapkan sebarang perkara daripada ustaz cuma menunggu masa untuk diceraikan sahaja. Dari bulan Februari ada sahaja masalah yang datang namun saya nekad untuk akhiri semua ini pada bulan yang mulia ini tapi saya tahu mengandung pula.”

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest