Connect with us

Muzik Buzz

Daiyan Trisha Dibandingkan Dengan Penyanyi Lain, Ini Pesan ‘Hangat’ Yuna Terhadapnya

Thanks Yuna!!!

Published

on

Budaya buli-membuli ni nampaknya sudah berleluasa, bukan sahaja dilakukan di sekolah ataupun dirumah, malah di alam maya juga perkara sebegini sering terjadi.

Korang semua mesti tahu apa akibatnya kalau seseorang itu dibuli kan? Namun, masih ada segelintir individu masih tidak belajar daripada kesilapan.

Terbaharu, penyanyi Daiyan Trisha menerusi laman Twitter miliknya berkongsi komen yang ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab melalui video muzik lagunya.

Netizen tersebut menyatakan tontonan video muzik tersebut tidak mendapat sambutan walaupun setelah sebulan dilancarkan selain mentertawakan kerja kerasnya.

Sementara itu, ada juga individu yang cuba membandingkan Daiyan dengan penyanyi Yuna.

“Dia nak try tembus market oversea macam yuna but she ain’t Yuna”

Perkara berkenaan sedikit sebanyak telah mengganggu emosi Daiyan dan telah membuatkan dirinya sedih.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang dengan pantas bertindak membalas dan memberi nasihat kepada Daiyan.

Yuna menerusi ciapannya menasihati Daiyan agar mempedulikan kata-kata orang ramai, sebaliknya memberi semangat dengan mengatakan 100,000 jumlah tontonan untuk independent artist adalah pencapaian yang besar.

Malah Yuna turut menjelaskan bahawa Daiyan adalah seorang penyanyi yang rajin dan berani selain Yuna turut melahirkan perasaan bangga terhadap Daiyan.

Semoga kata-kata Yuna ini menjadi penawar buat kesedihan yang dialami Daiyan dan pengajaran buat masyarakat diluar sana..

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest