Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

“Datang Lambat, Palatao!” Lelaki Ini Dikecam Sebar Fitnah Kejadian Langgar Libatkan Tiga Kenderaan

Kemalangan melibatkan 3 kereta dan 1 motosikal telah menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Published

on

Kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!

Mungkin perkara ini akan menjadi ingatan di minda seorang lelaki ini apabila beliau dengan tanpa segan silu telah merakam satu kejadian langgar yang berlaku di Jalan Tengah-Bayan Baru, George Town pada 1 April lalu.

Klip video tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai kerana ia turut menimbulkan fitnah.

Kejadian kemalangan tersebut telah menyaksikan sebuah kereta telah merempuh dua lagi kenderaan serta sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Tanpa diduga kereta berwarna merah itu telah melanggar kenderaan lain sehingga menyebabkan dua kereta lain telah terbabas dan mengalami kerosakan teruk.

Dalam video lain pula kelihatan seorang lelaki yang telah diserang oleh seorang individu mengatakan kononnya beliau merupakan suspek kejadian tersebut.

Namun hakikatnya lelaki yang dimarahi itu bukan lah suspek kejadian, sebaliknya mangsa keadaan.

Disebabkan itu, ramai warganet telah melenting dan berharap agar individu tersebut akan dikenakan tindakan kerana menyebarkan berita palsu dan menyerang tanpa bukti.

Difahamkan suspek yang tersepit itu telah berjaya dikeluarkan tetapi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak menuduh orang tanpa bukti yang sah kerana ia mungkin akan menyusahkan orang lain.

Sumber foto dan video: Twitter @anthraxxxx dan Facebook Penang Kini

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest