Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Sosial

Daud Kim Dedah Guna Islam Raih Populariti

Oh my…

Published

on

Youtuber berasal dari Korea Selatan, Daud Kim telah mengeluarkan kenyataan dan mengaku bahawa tuduhan cubaan merogol seorang wanita itu adalah benar dan menjelaskan perkara sebenar setelah ianya tular di media sosial dalam video ‘I am Daud‘.

Daud Kim juga telah mengeluarkan lagi satu video baru-baru ini, yang mana ia lebih mengejutkan para peminatnya yang selama ini menyokongnya yang bertajuk ‘I am sorry‘. Di dalam video ini, Daud memberitahu para penyokongnya, bahawa dia masih lagi menjalani kehidupan yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun telah memeluk agama Islam rasmi pada September tahun lalu. 

“Benar, saya minum arak, saya pergi ke kelab, masih lagi keluar dengan perempuan dan sebagai seorang muslim. Saya mengaku saya telah melanggar banyak ajaran Islam”.

“Selain itu, apabila saya pergi ke luar negara. Saya berjumpa dengan perempuan melalui aplikasi dating dan banyak melukakan hati mereka”.

Dalam video itu juga, Daud Kim memohon maaf kepada semua umat Islam, terutamanya muslim di Korea Selatan kerana telah menyebabkan satu prejudis terhadap umat Islam di Korea Selatan. Dia juga mengaku bahawa kerana niatnya yang hanya menggunakan Islam itu telah menyebabkan nama dan imej sebenar Islam telah buruk dan tercalar di mata orang umum.

“Selain dari itu, sebagai seorang Youtuber, saya hanya memikirkan keuntungan dan keseronokkan lebih dari Islam. Saya juga hanya memikirkan kandungan video lebih dari belajar tentang Islam. Saya juga sombong disebabkan populariti yang saya raih dan hanya berlakon di hadapan kamera sebagai seorang yang baik walaupun saya adalah orang yang sebaliknya. 

Saya tahu saya bersalah dan telah berdosa. Saya bertaubat kepada Allah dan saya minta maaf kepada peminat yang telah menyokong saya”.

Selain itu, Daud Kim juga telah mendedahkan bahawa dia telah berkahwin 3 tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun Daud juga mengaku bahawa perkahwinannya itu tidak berjalan dengan baik dan bahagia.

Kini, anak lelakinya tinggal bersama isteri dan Daud tidak ingin mendedahkan tentang isteri dan anaknya bagi melindungi privasi mereka kerana mereka tidak bersalah. 

Akhir sekali, di akhir video Daud Kim meminta maaf kepada semua penyokongnya kerana telah mengecewakan banyak pihak. Juga, Daud menjelaskan bahawa dia akan berehat dari media sosial dan akan muhasabah semula dirinya. 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest