Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Dedah Wajah Anak, Shukri Yahaya & Isteri Sepakat Beri Nama Maleeq Mikayl

So cute!

Published

on

Selepas dua minggu melahirkan anak keduanya, isteri kepada pelakon yang kini popular menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan berkongsi wajah bayi mereka kepada peminat menerusi Instagram baru-baru ini.

Mereka turut bersepakat memberi nama bayi lelaki yang dilahirkan pada 20 Julai lalu itu sebagai Maleeq Mikayl.

Menerusi perkongsian itu juga, Tya menceritakan berlaku satu kejadian saspens ketika dia sedang berada di dalam dewan bersalin sebelum melahirkan Maleeq.

“Masa mommy nak bersalin, saya ada buat gimik sikit dalam bilik bersalin. Sampai semua doktor dan jururawat cuak jadinya.

“Nakal kan saya? Gimik apa ya? Nanti suruh mommy ceritakan okay,” tulis Tya

Tya melahirkan Maleeq secara normal dengan berat 2.78 kilogram.

Terdahulu, Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan anak sulung, Aaira Ameena pada 2016.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest