Home > #PenaHot > DFKL Tahun Ini Libatkan Masyarakat Berbilang Bangsa

DFKL Tahun Ini Libatkan Masyarakat Berbilang Bangsa

Sidang media Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL) yang diadakan di Ara Damansara hari ini tertumpu kepada gabungan empat saluran televisyen milik Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) termasuk TV3, ntv7, 8TV dan TV9.

Ketua Pegawai Eksekutif MPTN Johan Ishak hari ini dalam kenyataan memaklumkan penggabungan tersebut dilakukan untuk membuka ruang terhadap masyarakat berbilang kaum terlibat sama dalam penganjuran acara tahunan itu.

Jika sebelum ini DFKL hanya tertumpu kepada TV3, namun pada penganjuran kali ini pihak tersebut ingin mengembangkan platformnya menerusi penyertaan penonton Cina dan Melayu urban menerusi saluran 8TV dan ntv7.

Sebagai permulaan, kami melantik pelakon dan pengacara terkenal 8TV, Pauline Tan, sebagai duta DFKL 2018. Selain popular di kalangan penonton saluran itu, dia juga dilihat mampu menggalas tanggungjawab berkenaan.

Turut hadir barisan artis dan beberapa panel dalam penganjuran acara berkenaan, antaranya Fasha Sandha, Ayda Jebat, Azira DeFam, Erma Fatima, Sheila Rusly dan ramai lagi.

Selain Pauline, seorang lagi duta acara itu kali ini ialah Syazuwan Hassan, iaitu bintang yang digilap bakatnya menerusi kempen DFKL dua tahun lalu.

Mengulas penganjuran acara berkenaan yang sudah memasuki edisi kelima, Johan berkata, objektifnya masih bertumpu pada pembangunan dalam penerbitan drama tempatan.

DFKL tetap mengekalkan objektifnya, iaitu mencungkil bakat baharu dan memberi peluang kepada anak muda menimba ilmu bersama panel berpengalaman dalam industri drama

Bertemakan #MasaUntukDrama, komponen DFKL 2018 menyediakannya platform mengasah bakat seperti pertandingan drama pendek, sesi pembentangan idea dan uji bakat lakonan.

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply