Connect with us
You Da Boss

Hiburan

“Dia Teman Tapi Mesra.” – Wani Kayrie

Sedia kahwin di usia muda.

Published

on

Penyanyi lagu Jangan Jangan dan Saat Terindah, Wani Kayrie, 19 tahun, mengakui hubungannya dengan penyanyi Afieq Syazwan, memang rapat, dan keluarga mereka juga sudah mengenali antara satu sama lain.

Menurut Wani kepada BH,

“Saya tak kisah untuk dedahkan perkara ini, kerana lambat laun, orang akan tahu juga.”

(Instagram Afieq Shazwan)

Mereka dilapor sudah lama berkenalan , tetapi hubungan semakin rapat sejak mula sama-sama menyertai satu rancangan realiti tahun lalu.

Kata Wani,

“Dia teman tapi mesra buat saya.”

Bila ditanya apa yang membuatkan dia tertarik dengan penyanyi lagu Darjat dan Seandainya yang berusia 22 tahun itu, Wani memberitahu BH Online,

“Sifat Afieq yang tak kuat cemburu dan memahami, berbanding teman lelaki sebelum ini, membuka pintu hati saya.”

BH Online turut bertanya Wani kalau ditakdirkan jodoh lebih awal di usia muda, apa rancangannya?

Wanie menjelaskan dia sedia menerimanya, dan tidak salah jika mereka mengikut jejak langkah kedua dua ibu bapa mereka yang berkahwin pada usia muda.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest