Connect with us
Hot Selebriti

Selebriti

Diana Danielle Bakal Keluar Single Baru?

Sama-sama kita nantikan!

Published

on

Penyanyi dan pelakon, Datin Diana Danielle, 28, dikhabarkan bakal hadir dengan single terbaru selepas Aidilfitri.

Perkara itu didedahkan oleh Diana sendiri menerusi satu foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 29 Mac lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat pelakon drama Camelia itu memberi sokongan penuh kepada Diana untuk mengeluarkan single.

Untuk pengetahuan, Diana sebelum ini pernah tampil dengan beberapa lagu seperti Baik Kau Pulang Segera, Naga Tasik Chini, Pujaan Hatiku, Tentang Kita dan Penyembuh Rindu.

Dalam perkembangan lain, Diana juga bakal tampil dengan drama terbaru, Syurga Untukmu yang akan disiarkan menerusi slot Samarinda di TV3 bergandingan bersama aktor Fahrin Ahmad.

Untuk rekod, Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson telah berkahwin dengan aktor, Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest