Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Diberi Nafas Baharu, Iman Mutiara 2019 Cecah 200,000 Tontonan di Youtube

Siapa sini dengar lagu ni dari zaman kanak-kanak?

Published

on

Korang masih ingat tak lagu Iman Mutiara yang menjadi siulan pada tahun 2006 dulu? Ataupun, lagu nasyid paling popular di bangku sekolah.

Kini, kerinduan peminat terhadap vokalis asal kumpulan Raihan iaitu Nazrey Johani terubat selepas penyanyi itu kembali dengan naskah terbaharu Iman Mutiara 2019.

Lagu yang diberi nafas segar itu juga telah dimuat naik menerusi laman YouTube rasmi Inteam Digital pada 11 November lalu.

Sehingga kini video berkenaan telah ditonton sebanyak lebih 200,000 kali selain mendapat reaksi positif daripada peminat.

  • LuqmanHakim: Meremang woh bulu roma dengar Iman mutiara 2019 nih
  • RijalMohamad: tak flat mcm vers asal..segar dan diberi nafas baru dari penyanyi asal sendiri..tenang dgr suara abg Nazrey..alhamdulillah..sedap dengar..
  • NazrulXioa: Aku paling suka alunan part last “jika tidak kembali pada Allah” overall versi 2019 ni best. (Tak kata versi lama tak best haha)

Terdahulu, Kumpulan Raihan dianggotai Nazrey, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Allahyarham Azhari Ahmad. Bagaimanapun, pada tahun 2006, Nazrey mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan berkenaan dan bergerak sendiri.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest