Connect with us
Geng Pagi Hot

Eksklusif

DidikTV Bantu Pelajar Meningkatkan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti

Inisiatif DidikTV ini mampu membantu adik adik memperoleh pendidikan yang efektif bermula dari rumah sahaja!

Published

on

 

Kita sedia maklum pandemik Covid-19 yang melanda negara kini telah memberi impak yang besar kepada para pelajar terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan saluran khusus TV pendidikan, DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu pelajar yang tidak mempunyai akses internet yang mencukupi untuk mengikuti kaedah PdPR pada waktu sukar ini.

Ini juga dapat menerapkan nilai murni dan mewujudkan masyarakat bermaklumat. Saluran DIDIK TV KPM ini akan menjadi platform memperkasakan budaya ilmu.

Bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam

Bagi pengetahuan ibu bapa dan anak-anak, ini merupakan kali pertama KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan dengan pengisian bermula dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Ini juga merupakan usaha berterusan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara. Jadi, ibu bapa bolehlah meluangkan masa untuk menonton DidikTV bersama anak-anak korang.

Kaedah penyampaian lebih menyeluruh

Apa yang menarik tentang DidikTV, ia dapat membantu menyelesaikan masalah PdPR terutama buat korang yang tinggal di kawasan pedalaman dan mempunyai masalah kemudahan peranti serta internet.

DidikTV juga menyediakan kandungan yang lebih menyeluruh dan mampu membantu guru yang kurang mahir dalam aspek teknologi terkini.

Bermula dari peringkat pra sekolah hingga tingkatan 6

Bukan tu je, DidikTV juga akan menyiarkan program-program berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM tau!

Antaranya berita mengenai dunia pendidikan dari peringkat pra sekolah hingga tingkatan 6, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

Selain itu, kandungan pembelajaran sepanjang hayat yang memberi fokus kepada nilai-nilai murni dan pembangunan karakter murid juga akan disiarkan.

Terdiri daripada kalangan guru yang berpengalaman

Bagi tenaga pengajar pula, mereka terdiri daripada guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing supaya kualiti pengajaran yang disampaikan kepada murid adalah pada tahap terbaik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Saya percaya dan yakin ramai dalam kalangan warga pendidik kita mempunyai kemahiran dan kepakaran menyampaikan kandungan pembelajaran secara kreatif.” Ia sekaligus akan menjadikan standard pengajaran yang sama di seluruh negara.

Program ini juga membantu para pelajar terutamanya calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan mula menduduki peperiksaan pada minggu hadapan dengan slot ‘Road to Success SPM 2020’.

Contohnya macam video dekat bawah ni.

Ikuti PdPR yang lebih efektif sekarang!

Ibu bapa serta anak-anak di rumah tak perlu risau dah okay? Korang boleh terus tonton dan alami PdPR dengan lebih efektif melalui saluran khusus DidikTV di ntv7.

Selain itu, jangan lepaskan peluang korang untuk sertai pertandingan Tonton, Rakam & Kongsi!

Nak tahu lebih lanjut, korang tengok gambar dekat bawah ni dan ikut je langkah penyertaan tu. Selamat mencuba dan selamat belajar semua!

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest