Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Dikecam Kerana Memakai Sari, Mira Filzah Tenang Jawab Spekulasi

OMG, chill guys…

Published

on

Baru-baru ini, pelakon popular Mira Filzah melancarkan produk kanta mata Lavue Lens, hasil kolaborasinya bersama sebuah jenama. Kebetulan, Mira memilih tema bollywood sebagai konsep utama produk kerana sangat menyukai cerita hindustan sejak kecil lagi.

Akan tetapi konsep itu disalah anggap oleh netizen sehingga nama Mira menjadi tular di laman sosial Twitter.

Pengguna di laman Twitter ini memuat naik satu ciapan dengan kapsyen,

“Cultural appropriation queen Star-struck must feel nice to profit off our culture”

“Ratu budaya, mesti rasa baguskan mengambil untung dari budaya kita (budaya hindu)”

Pengguna di Twitter ini mengatakan seolah-olah Mira mengambil keuntungan daripada budaya mereka. Ciapan ini menarik perhatian ramai orang sehingga nama Mira menjadi trending di Twitter.

Tidak mahu disalah anggap, pelakon yang juga tunang kepada anak seorang Ahli Parlimen Kuala Kangsar, iaitu Datin Mastura Mohd Yazid terus menjawab spekulasi ini.

“Hi dear. I am sorry if what I did was wrong. I’ve grown up with Bollywood movies and songs and I’ve always been a fan of Bollywood since small.”

Mengulas lanjut, Mira mengatakan bahawa dirinya adalah seorang yang sangat fanatik dengan cerita hindustan. Boleh dikatakan semua lagu hindustan Mira tahu. Dan bila diberikan peluang untuk menjadi duta kepada jenama kanta mata ini, Mira sangat teruja dan terus terlintas untuk menggunakan konsep bollywood.

“Again, there’s no intention at all to gain any profit by my own from the Indian culture itself. I’m just a die hard fan of Bollywood and I am sorry if you think what I did was wrong.”

Tidak ada niat untuk mengambil keuntungan daripada budaya hindu, seperti yang disebut oleh pengguna Twitter itu. Mira meminta maaf jika mereka tersinggung dengan perbuatannya itu.

“I really respect and love your culture. Again, I’m sorry.”- Mira

Pengguna laman sosial di Twitter ini turut membalas, mengucapkan terima kasih kepada Mira kerana menghormati budayanya.

“if you intend to wear our clothing 🙂 perhaps get some Indian models too! because all we want is recognition for our culture 🙁 And maybe your can get the clothing from an Indian-owned shop next time”

Pengguna ini turut meminta Mira untuk menggunakan model berbangsa india selepas ini untuk mengenali budaya hindu dengan lebih dekat.

End of story! Mari kita ambil dari sisi positif, tidak salah pun untuk kita memakai pakaian bangsa lain. Yang penting niat kita betul dan tidak mempersendakan budaya mereka dan hormat antara satu sama lain. Kita kan rakyat Malaysia yang harmoni  dan berbilang kaum?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest